FusionMedicalSG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fusion Medical
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Toksin Botulinum

 
 

Tentang Suntikan Neurotoksin

 
Suntikan Neurotoxin, juga dikenali sebagai suntikan Toksin Botulinum melibatkan penempatan sedikit protein tulen ke dalam dermis dan otot muka. Neurotoksin yang digunakan di Pusat Perubatan Fusion adalah diluluskan oleh FDA dengan profil keselamatan dan konsistensi yang sangat baik. Ia bertindak dengan menghalang sel-sel saraf yang menyebabkan kontraksi otot. Ini melegakan otot, melicinkan dan mengurangkan kedutan dinamik, sekali gus mengurangkan kesan garis ekspresi kita dan membantu mengelakkan garis baru daripada terbentuk. Kesan suntikan neurotoksin boleh bertahan selama kira-kira 4-6 bulan.

Dr Wenus Ho dan Dr Juliana Latif adalah pakar dalam memberikan hasil yang sangat lembut dan asli sekali gus mengelakkan rupa "keras", memberikan pesakit mereka penampilan yang sangat semula jadi. Pendekatan lembut mereka kepada pesakit membuatkan mereka berasa selesa dan setiap prosedur mengambil masa hanya beberapa minit.
 
 
 
 
 
 
 
 

Garis Kerut / Tekanan sakit kepala

 
Ini adalah garis yang terbentuk di antara kening dan bahagian bawah dahi disebabkan kerutan wajah yang kerap kerana tekanan, kerisauan atau tabiat ekspresi wajah yang tidak baik. Suntikan neurotoksin boleh melegakan otot di bahagian ini untuk memberikan kesan penampilan yang lebih mesra dan muda. Melegakan otot ini bersama otot-otot lain di sekitarnya juga akan mengurangkan tekanan pda bahagian dahi kita yang boleh menyebabkan sakit kepala.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Garis tepi mata dan mata kelesuan

 
Garis ini terbentuk di bahagian tepi pencuru mata apabila kita senyum. Dengan meletakkan sedikit neurotoksin boleh membuka bahagian mata, menaikkan hujung kening dan membuatkan anda kelihatan lebih muda dan segar. Hasilnya akan menjadi lebih baik apabila digandingkan bersama HA dermal filler yang diletakkan di bahagian bawah dalam mata yang akan mengurangkan kesan lingkaran gelap mata.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Melangsingkan rahang dan bentuk V

 
Walaupun kelebaran rahang mungkin diwarisi daripada ibubapa, kebiasaannya, orang Asia mempunyai rahang yang bersegi disebabkan oleh tabiat pengasahan gigi tanpa sedah di waktu malam dan kunyahan berlebihan yang boleh membuatkan otot maseter menjadi sangat besar.

Apabila toksin botulinum disuntik keatas otot masete yang besar atau otot mengunyah di bahagian garis rahang, ia akan melegakan otot itu dan membolehkan ia mengecik sedikit demi sedikit dan menghasilkan wajah yang berbentuk V.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Menaikkan bahagian bawah wajah (Nefertiti lift)

 
Apabila usia kita meningkat, otot yang menarik wajah kita ke bawah akan mendominasi otot yang menaikkan wajah kita. Ini akan menyebabkan mengurangan atau kehilangan sudut keremajaan rahang kita. Penggunaan jumlah kecil neurotoksin secara betul oleh pakar yang berkemahiran boleh membantu untuk membuatkan bahagian bawah wajah kelihatan menaik dan lebih muda. Hasilnya lebih baik apabila digabungkan dengan HA dermal filler.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ketiak berpeluh (Axillary Hyperhydrosis)

 
Botox boleh disuntik ke bahagian bawah ketiak untuk mengurangkan peluh berlebihan secara drastic, yang sering membuatkan kita malu. Proses ini akan menyekat secara sementara saraf yang mencetuskan penghasilan peluh.