FusionMedicalSG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fusion Medical
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terapi SonoQueen

 
 

Terapi Anti Penuaan SonoQueen

 

“Menaikkan wajah dan sculpting badan tanpa pisau”

 
 
 
SonoQueen adalah sistem tak invasif multidimensi yang menggunakan teknologi HIFU. Tenaga dikenakan ke lapisan dalam SMA di bahagian dalam kulit dan juga di lapisan atas dermal.

HIFU adalah tenaga ultrasound tertumpu yang dikenakan ke lapisan bahagian dalam kulit, menyebabkan kawalan kerosakan mikro tanpa meninggalkan kesan pada lapisan permukaannya. Tenaga yang dipancarkan mensimulasikan pembinaan semula struktur dalaman, mencapai ketegangan dan menaikkan kulit, memberikan kesan lifting yang hebat dan berkekalan.

SonoQueen adalah rawatan yang terbukti dengan prosedur yang telah disahkan. Model fantom multi-level mempunyai karektor yang sama seperti tisu mannusia.


Teknologi SonoQueen – Katrij rawatan dot tunggal 2mm

- Tidak linear: Rawatan titik tunggal
- Rawatan yang tepat, berkesan dan mudah
- Tip mata terkecil untuk kawasan sekitar mata dan bibir

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Adakah ia selamat?

 
 
Tenaga ultrasound mempunyai rekod yang terbukti, di mana ia sudah digunakan dalam perubatan pengimejan lebih daripada 50 tahun. Tambahan lagi, prosedur ini telah diluluskan oleh FDA selepas dibuktikan selamat dalam kajian klinikal.
 
 
 
 
 
 

Adakah ia menyakitkan?

 
Tahap keselesaan adalah berbeza antara setiap pesakit, namun ia hanya mempunyai tahap kesakitan yang minimum berbanding rawatan laser kerana HIFU menggunakan tenaga terkumpul tanpa merosakkan kulit. Tambahan lagi, ia adalah bebas daripada krim anestesia.
 
 
 
 
 

Bahagian mana yang boleh dirawat dengan SonoQueen?

 
SonoQueen sesuai digunakan untuk menegangkan dan menaikkan wajah terutamanya bahagian dagu berlapis, bahagian bawah wajah dan merawat bahagian sekitar mata untuk melicinkan garis halus dan menaikkan. Badan juga boleh dirawat dengan menyinkirkan lapisan lemak dan menegangkan kulit dan memberikan kesan badan yang menawan dan kemas. Ini termasuklah bahagian perut dan lemak tepi pinggang.
 
 
 
 
 

Berapa lama hasilnya bertahan?

 
Pesakit yang dirawat dengan SonoQueen masih mempunyai kolagen muda walaupun selepas setahun dari tempoh rawatan, namun kulit akan tetap meningkat usia.

Rawatan susulan tahunan boleh membantu mengurangkan proses penuaan itu.
 
 
 
 
 

Apakkah tanda-tanda yang mungkin dialami selepas rawatan?

 
Tempoh rawatan bergantung kepada luas kawasan rawatan. Bahagian bawah wajah dan dagu berlapis boleh dirawat dalam masa 30 minit, sementara rawatan penuh wajah akan mengambil masa kira-kira 45 minit. Rawatan bahagian tengah badan boleh juga mengambil masa kira-kira 30 minit keseluruhannya.