FusionMedicalSG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fusion Medical
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rawatan Meremajakan Wajah Fotono 4D

 
 

Rawatan Meremajakan Wajah Fotono 4D

 
 
 
Satu laser, empat rawatan berbeza. Fotona 4D Non-surgical Laser Facelift ialah revolusi prosedur rawatan tanpa pembedahan yang dapat menyelesaikan masalah kulit tidak bermaya, kedutan, kulit kendur serta tona dan tekstur kulit yang tidak sekata sekaligus. Pesakit boleh menyesuaikan rawatan mereka sepenuhnya bergantung kepada apa yang mereka perlukan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bagaimanakah Fotona 4D berfungsi?

 
 
Ia memberikan kesan serta-merta melalui pengecutan kolagen dan meningkatkan ketegangan dan keanjalan kulit dengan penghasilan kolagen baru. Laser bersinergi merawat kedua-dua bahagian luaran kulit wajah dan juga bahagian dalam rongga mulut untuk menaikkan bahagian tengah wajah anda dari dalam. Hasilnya adalah SERTA-MERTA dan BERKEKALAN.

  • Menaikkan wajah
  • Menegangkan
  • Membentuk
  • Mengurangkan kedutan dan mencerahkan tona kulit

 
 
 
 
 
 

Menggunakan 4 mod laser berbeza yang unik: SMOOTH®, FRAC3®, PIANO® dan SupErficial™.

 
Mod SMOOTH® menggunakan terapi pemanasan untuk mensimulasikan pengecutan dan penghasilan kolagen dari bahagian dalam rongga mulut. Tiada sebarang ablasi atau kesakitan dan matlamat utamanya adalah untuk menaikkan bahagian nasolabial dan bahagian tengah muka.

Mod FRAC3® menggunakan pancaran kecil yang mensasarkan bahagian kulit tidak sempurna yang lebih dalam untuk membaiki garisan, pori dan tona.

Mod PIANO® menggunakan terapi pemanasan dari bahagian luar untuk meningkatkan suhu kulit ke tahap yang ideal untuk penegangan kulit dan simulasi kolagen.

Mod SupErficial™ merupakan langkah rawatan terakhir yang digunakan untuk merawat kulit tidak sempurna dan meningkatkan tekstur dan kecerahan dengan rawatan pengelupasan yang terkawal. Ia menghasilkan kulit selicin mutiara.
 
 
 
 
 

Bagaimana dengan tempoh pemulihan?

 
Hampir tidak terdapat sebarang tempoh pemulihan bergantung kepada bagaimana anda menyesuaikan diri dengan rawatan anda dan aktiviti harian boleh terus dilakukan seperti biasa. Pelembab dan pelindung matahari adalah disarankan selepas prosedur rawatan.

 
 
 
 
 

Berapa sesi rawatan yang saya perlukan?

 
Untuk hasil yang lebih baik dan berkekalan, minimum 4 sesi diperlukan sekurang-kurangnya selang sebulan.