FusionMedicalSG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fusion Medical
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pengelupasan Kimia

 
 

Pengelupasan Kimia

 
Pengelupasan kimia adalah sangat efektif dalam pembentukan semula kulit, ia berfungsi dengan cara menyingkirkan atau mengelupaskan bahagian paling atas sel kulit mati untuk membolehkan pembentukan kulit baru. Ini akan menghasilkan kulit baru yang lembut dan berseri. Ia boleh digunakan untuk merawat akne, pigmentasi tidak sekata dan mengurangkan kedutan dan garis halus.
 
Rawatan pengelupasan mana yang bagus untuk saya?
Doktor dan kakitangan kami akan mencadangkan rawatan pengelupasan yang paling sesuai untuk anda berdasarkan keadaan dan keperluan kulit anda.

Adakah saya akan berasa sakit dan adalah terdapat sebarang tempoh penyembuhan?
Prosedur ini akan mengambil masa kira-kira 15 minit dan anda mungkin mengalami sedikit kegatalan ringan yang akan berhenti sebaik sahaja pengelupasan dineutralkan atau dibersihkan. Aktiviti harian biasa boleh disambung semula sesi rawatan namun pendedahan matahari minimum dan penggunaan pelindung matahari sangat disyorkan. Bergantung pada jenis rawatan pengelupasan yang dipilih untuk anda, sesetengah rawatan pengelupasan tidak mempunyai waktu penyembuhan dan ada yang mungkin mengalami pengelupasan kecil selama beberapa hari.

Berapa sesi yang saya perlukan?
Biasanya, 4-6 sesi disarankan selang 4 minggu, di mana rawatan susulan boleh dilakukan bila perlu.
 
 
 
 
 
 
 
 

Enerpeel® PA (Asid Piruvik)

 
Enerpeel® PA adalah terapi pengelupasan asid piruvik yang sangat baik untuk merawat kulit berminyak dan berjerawat. Ia adalah terapi kimia pengelupasan kedalaman sederhana yang sudah dibuktikan secara klinikal untuk mengurangkan masalah kulit berminyak dan merawat akne dengan kesan sampingan kemerahan dan pengelupasan yang minimal.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dermaceutic Mela Peel Forte

 
Mela Peel Forte digunakan untuk merawat kesan bintik, melasma epidermis dan hiperpigmentasi selepas inflamasi. Ia bukan sahaja sangat baik untuk mengurangkan pigmentasi tetapi juga terkenal kerana hasilnya yang berseri, bersih dan mencerahkan. Ia terdiri daripada 3 langkah yang disasarkan untuk memperbaiki penampilan kulit dan pigmentasi yang tidak normal.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dermaceutic Milk Peel

 
Milk Peel adalah rawatan lembut dan sesuai untuk kulit di seluruh badan termasuklah bahagian ketiak dan bahagian sulit yang sensitif. Apabila digunakan di bahagian wajah, ia akan mengembalikan seri wajah dengan memperbaiki tona kulit dan mengurangkan penampakan garis. Ia juga sangat terkenal untuk mengurangkan kulit yang gelap pada ketiak dan bahagian lipatan sulit. Ia adalah rawatan yang selamat dan mudah tanpa waktu penyembuhan, yang memberikan hasil unggul dengan kombinasi optimum 3 bahan aktif asid glikolik, asid laktik dan asid salisilik.