FusionMedicalSG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fusion Medical
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dr Juliana Latif/id

 
 
 
 

Dr Juliana Latif

 
 
 
 

Kelayakan

 
  • Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan, Kings 'College London, UK
  • Diploma Lepasan Ijazah dalam Perubatan Keluarga, Universiti Nasional Singapura
  • Sarjana Sains dalam Estetik Wajah Bukan Pembedahan, Anglia Ruskin University, UK
  • Diploma dalam Perubatan Anti-penuaan dan Regeneratif, American Board of Anti-aging & Regenerative medicine
  • Diploma Perubatan Estetik, American Academy of Aesthetic Medicine
  • Kursus dalam Korean Thread Lifting Master, American Academy of Aesthetic Medicine
  • Sijil kecekapan dalam Peremajaan Kulit (Fractional Lasers), Terapi Pengelupasan, Suntikan Filler, Suntikan Toksin Botulinum, Laser untuk merawat pigmentasi kulit dan Bantuan Laser atau sinaran IPL (intense pulsed light) untuk membuang bulu berlebihan yang dianugerahkan oleh Aesthetic Dermatology Educational Group, Singapura
  • Sijil dalam rawatan Peremajaan Vagina, American Academy of Aesthetic Medicine
  • Sijil dalam penggantian hormon Bioidentical, Marion Gluck Academy, United Kingdom
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Maklumat Lanjut Tentang Dr Juliana Latif ...

 
Selepas menamatkan pengajian dari sekolah perubatan Guys, Kings dan St. Thomas di UK, Dr Juliana melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Lepasan Ijazah dalam Perubatan Keluarga di Universiti Nasional Singapura. Selain minatnya dalam perubatan keluarga, dia telah membina asas dalam amalan perubatan estetik di mana ia telah memberikan motivasi untuk beliau mengikuti dan menamatkan Sarjananya dalam bidang Estetik Wajah Tanpa Pembedahan. Beliau mengamalkan perkara yang sama dalam perubatan estetiknya seperti penjagaan, sikap ambil berat dan nilai perhubungan yang beliau amalkan sebagai doctor perubatan keluarga.

Lebih sedekad yang lalu, Dr Juliana telah mengembangkan lagi usaha beliau terhadap kesihatan wanita, menumpukan pada pencegahan penyakit dan kanser serta keseimbangan hormon untuk mengoptimumkan kesihatan fizikal dan emosi wanita.

Pendirian beliau adalah setiap pesakit itu berbeza dan adalah penting untuk menyesuaikan saranan rawatan secara individu selepas mengambil kira keperluan dan personaliti setiap pesakit.