FusionMedicalSG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fusion Medical
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cryolipolysis

 
 

Apakah itu cryolipolysis?

 
 
  1. Cryolipolysis adalah teknologi (pembekuan lemak) untuk pengurangan lemak yang efektif.
  2. Tenaga sejuk disasarkan pada sel lemak di dalam lapisan lemak subkutaneus tanpa menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu sekitarnya.
  3. Kini, anda boleh memiliki badan yang langsing tanpa sebarang kesakitan dan kesan sampingan..
 
 
 
 
 
 

Bagaimana peranti teknologi penyejukan ini berfungsi dan bagaimana ia memberikan kesan dalam sel lemak cryo lipolisis dan apoptosis?

 
Teknologi penyejukan akan menurunkan suhu sehingga tahap di mana lemak akan musnah, di mana kemudiannya akan sel lemak yang mati akan disingkirkan oleh badan melalui proses metabolic yang biasa.
 
 
 
 
 

Bahagian badan mana yang paling efektif untuk cryplipolysis dan kenapa?

 
Cryolipolysis adalah ideal disasarkan pada poket lemak yang sukar disingkirkan melalui diet dan senaman:

  • Abdomen / perut
  • Tepi pinggang
  • Paha
  • Lengan
 
 
 
 
 

Apa yang pesakit boleh jangka ketika proses rawatan? Adakah ia menyakitkan?

 
Kebanyakan pesakit menyatakan bahawa rawatan ini tidak menyakitkan. Beberapa minit pertama, pesakit akan berasa sangat sejuk kerana suhu diturunkan dan kemudian sensasi sejuk itu akan beransur hilang. Kebanyakan pesakit menyatakan bahawa rawatan ini agak santai memandangkan mereka boleh berehat, membaca atau melayari internet di telefon mereka ketika proses rawatan. Tiada anestetik atau ubat tahan sakit diperlukan.
 
 
 
 
 

Berapa lama proses rawatan ini?

 
Bergantung kepada kawasan rawatan dan biasanya rawatan mengambil masa selama 60 minit (atau lebih lama jika beberapa kawasan berbeza disasarkan).
 
 
 
 
 

Apakah hasil yang boleh dijangkakan oleh pesakit sejurus sahaja selepas sesi rawatan dan bila hasil sebenar boleh dilihat?

 
Hasil tidak boleh dilihat terus kerana ia mengambil masa untuk sel lemak yang mati untuk disingkirkan oleh badan. Hasil biasanya boleh dilihat selepas 4 minggu dan hasil ketara selepas 8 minggu.
 
 
 
 
 

Berapa sesi rawatan yang biasanya diperlukan untuk setiap kawasan?

 
Ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti kawasan rawatan dan jumlah lebihan lemak yang ada. Untuk rawatan tunggal, pesakit boleh mengjangkakan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah lemak di satu kawasan, namun ia penting untuk patuh pada perancangan diet untuk memastikan hasil ini. Biasanya terdapat kesan yang boleh anda perasan pada saiz pakaian anda.
 
 
 
 
 

Apakah pandangan peribadi anda tentang cryolipolysis dan apakah perbezaannya berbanding prosedur pelangsingan badan yang lain di pasaran?

 
Teknologi penyejukan cryolipolysis yang unik memastikan sel lemak dimusnahkan dengan efektif tanpa merosakkan tisu disekeling. Tiada sebarang kesan frostbite dilaporkan kerana cryolipolysis mempunyai sensor bina dalam yang boleh mengelakkan sel lemak atau kulit menjadi terlampau sejuk, sekaligus menawarkan rawatan yang selamat dan efektif.
 
 
 
 
 

Kenapa anda menyarankan cryolipolysis kepada pesakit anda?

 
Teknologi maju cryolipolysis memastikan pesakit selamat dan juga menawarkan hasil yang efektif. Ia sangat berkesan kepada pesakit yang mempunyai poket lemak degil atau kawasan yang kurang berkesan daripada aktiviti diet dan senaman.
 
 
 
 
 

Bagaimana pesakit anda bertindak balas dengan rawatan cryolipolysis setakat ini? Adakah kebanyakan maklum balas adalah positif?

 
Pesakit kami sangat berpuas hati dengan rawatan cryolipolysis mereka kerana ia selamat, kos yang berpatutan dan pilihan bukan invasif untuk pengurangan lemak yang tidak boleh dicapai melalui diet dan senaman sahaja.