FusionMedicalSG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Fusion Medical
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Akne - Parut

 
 

Apakah yang menyebabkan parut akne?

 
 
 
Parut akne berlaku akibat langsung daripada trauma dalam kulit yang disebabkan oleh keradangan akne yang membawa kepada pengeluaran kolagen secara berkurangan atau berlebihan. Faktor luaran seperti memicit lesi akne boleh memburukkan lagi pembentukan parut.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bagaimana Laser Fotona merawat parut akne?

 
 
Tidak seperti pengelupasan kimia dan dermabrasi, rawatan permukaan laser menggunakan Fotona Er: YAG menyediakan rawatan secara terkawal ke atas parut dari dalam dan tidak merosakkan bahagian luar kulit. Rawatan lembut dan halus tenaga laser Er: YAG menyejatkan tisu parut dan merangsang pengasilan kolagen baru tanpa memberikan kesan buruk terhadap bahagian luar kulit. Waktu penyembuhan adalah pantas dengan hasil yang optimum.
 
 
 
 
 
 

Bagaimana the Fotona Er:YAG berbeza berbanding Laser CO2 dalam merawat parut akne?

 
Er: YAG semakin menjadi laser pilihan dalam rawatan parut akne kerana ia mempunyai kadar kesan sampingan yang rendah dan juga waktu pemulihan yang pantas. Ia telah terbukti secara klinikal berbanding rawatan laser CO2 yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan mempunyai kebarangkalian tinggi menghadapi Post Inflammatory Hyperpigmentation (iaitu menyebabkan kulit menjadi gelap selepas rawatan laser) apabila dibandingkan dengan laser Er: YAG.
 
 
 
 
 

Berapa lama tempoh rawatan dan adakah ia menyakitkan?

 
Prosedurnya hanya mengambil masa kira-kira 15-20 minit, topical numbing akan digunakan terlebih dahulu untuk rawatan parut akne. Kulit mungkin akan berasa sdikit hangat selepas prosedur namun tidak menyebabkan kesakitan. Rawatan parut akne mungkin akan mengambik masa beberapa hari waktu penyembuhan namun kebanyakan pesakit boleh melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa.
 
 
 
 
 

Berapa banyak sesi yang saya perlukan?

 
Bilangan sesi bergantung kepada keadaan kulit setiap individu, namun secara amnya 2-4 sesi adalah disarankan untuk rawatan parut akne.
 
 
 
 
 
 

Laser Fotona: Sebelum & selepas

 
Pengurangan Parut Akne dengan Laser Fotona. Sebelum & Selepas (Ehsan Dr Luppino)